| |||||||||||||||||||||||||
Kerusi berjumlah 336 dalam Dewan Rakyat Pakistan 169 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tinjauan pendapat | |||||||||||||||||||||||||
Terdaftar | 128,585,760 | ||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 47.8%[1] (▼3.9pp) | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Peta persebaran pengundi tersenarai Dewan Rakyat Pakistan | |||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum telah diadakan di Pakistan pada tarikh 8 Februari 2024 untuk memilih ahli Dewan Rakyat ke-16. Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan sebelumnya mengisytiharkan jadual undi pada 15 Disember 2023.[2]
Pilihan raya itu diadakan berikutan dua tahun selepas Perdana Menteri Imran Khan dari parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), disingkirkan daripada jawatannya melalui usul undi tidak percaya dari Dewan. Tidak lama selepasnya Khan ditangkap dan disabitkan kesalahan rasuah dan dihalang daripada kerjaya politik selama lima tahun lamanya. Mendekati tarikh pilihan raya, keputusan Mahkamah Agung yang kontroversi telah menyekat simbol pilihan raya PTI sebab gagal mengadakan pilihan raya di dalam organisasi pejawat parti selama bertahun-tahun.[3][4][5][6]
Calon dari bebas parti kemudian memenangi 103 kerusi termasuk 93 disokong PTI, diikuti 75 dari Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N) dan 54 dari Parti Rakyat Pakistan (PPP). Di wilayah Punjab dan Sindh, PML-N dan PPP masing-masing muncul sebagai parti terbesar. Calon dari bebas parti yang disokong oleh PTI memenangi bilangan kerusi terbanyak di Khyber Pakhtunkhwa manakala Balochistan mengundi PPP dan PML-N sebagai parti terbesar.
Faksi tentera dituduh melakukan penipuan besar-besaran sebelum tarikh pengundian untuk memihak kepada pemimpin PML-N yairu Nawaz Sharif.[7][8][9][10] Dalam sebuah sidang media pada 13 Februari 2024, pemimpin PML-N dan PPP mengisytiharkan bahawa mereka akan membentuk pentadbiran campuran dengan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu.[11] Pergerakan Muttahida Qaumi – Pakistan, Liga Muslim Pakistan (Q), Parti Istehkam-e-Pakistan dan Parti Awami Balochistan juga menegaskan hasrat mereka untuk menyertai pakatan republik.[12]
Pada 17 Februari, Pesuruhjaya Bahagian Rawalpindi Liaquat Ali Chattha mensabit Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya (Ketua ECP) Sikander Sultan Raja dan Ketua Hakim Negara Qazi Faez Isa telah "melakukan penipuan" semasa pilihan raya terhadap calon dari bebas parti yang berpakat dengan PTI.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search